love forever

Daisypath Next Aniversary Ticker

Danish Ziqry Birthday

Lilypie

Hadif Fiqry Birthday

Lilypie

November 23, 2009

abang aziq..graduation ceremony..

diam tak diam dah besar anak ayah...abang aziq dah pun tamat sekolah tadika...tahun depan melangkah ke alam baru persekolahan..ke darjah satu pulak...perjalanan abang aziq masih jauh...
ayah doakan anak2 ayah jadi insan yang berguna..cemerlang dunia akhirat..

di kompleks pusat bandar..mama dan adif tonton show abang aziq

..dah lepas atau sebelum show ni..yang penting happy
walau ayah tak dapat tengok


adif...posing untuk ayah...cayalah

abang aziq bergaya dengan jubah graduation..10-15 tahun lagi
ayah doakan abang aziq posing lg dgn jubah seperti ni..


..dengan teman2 seperjuangan..

ayah dapat tengok gambar dengan video je..hu hu...

joget..joget..tkpela..janji abang aziq happy

terima kasih tak terhingga kpd ahli keluarga yang sudi mengorbankan masa untuk bersama2 isteri dan anak2...jasa kalian amat dihargai...


Oktober 19, 2009

...happy anniversary...


Our love is like a tree that grows
Still stronger through the years
Nourished by our laughter
and sometimes by our tears

Thank you for your tender love
You'll never really know
How happy thar you've made me
And how much I Love U so

Happy 7th Anniversary my sweetheart!!!

September 27, 2009

...Eid 2009...

kenangan hari raya 2009.. first time beraya tanpa hubby tersayang..


malam raya

pagi raya
nak pegi beraya

September 17, 2009

...ucapan...

selamat hari raya
Glitter Graphics




SELAMAT HARI RAYA buat hubbyku dan rakan2nya yg jauh diperantauan, buat seluruh ahli keluarga, rakan-rakan ada semua yg mengenali kami..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Ogos 26, 2009

... membuka pintu rezeki...

salam..for sharing..

Dato' Dr Fazilah Kamsah pernah berkata.....

" setiap pagi sedekahkan Al Fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau sudah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.."

berdasarkan hadith nabi..
" tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua ibu bapanya setiap hari.."

huraian hadith...

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa ( baik yang hidup mahupun yang telah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tak putus berdoa kepada kedua ibu bapanye ( walaupun ada ibu bapa yang leka doakan agar mereka berubah )

- ingatla keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah

- semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh... tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak membantu kita ( berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh )

- mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

kesimpulannya...

- bagi yang berniaga tidak perlu ilmu pelaris, cuma jangan lupa doakan ibubapa setiap hari

- rezeki bukan saja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah ( makan, kasih sayang, kesihatan dan sebagainya...) InsyaAllah

berusaha dan bertawakal.. insyaAllah rezeki tu bukan kerana ada sijil SPM ( kata Azmil Mustapha ) mari kita cuba.. Allahuakhbar..

renung-renungkan...

Ogos 07, 2009

.. sesaje je..



like father like son ha..ha..ha..

Julai 27, 2009

... Happy Birthday !!!! ...


Birthday
Grab a new Myspace 2.0 Layout



Selamat Hari Jadi yag ke-6 untuk Muhammad Danish Ziqry

semoga jadi anak yang baik, cerdik dan cemerlang dunia dan akhirat..

ayah, mama & adik love U so much

... hujung minggu di tanjung sepang ...

salam..

hujung minggu aku meluangkan masa bersama keluarga aku pi berkelah di tanjung sepang. kebetulan ari tu birthday abg aziq.. kami bertolak pukul 8.15 pg sampai sana pukul 10.30 pg.. so layan je la gambo yang aku sempat snapkan ni...







Julai 07, 2009

..aku berbicara...

mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkn terikat waktu
bebaskan mimpimu diangkasa
raih bintang dijiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita didunia

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi takkn terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi dibumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita didunia

sure everyone know about this song..sape yang tak pernah dengar lagu ni mmg pelik sbb radio ke udarakan lagu ni berkali kali sehari. first time dgr lagu ni wat aku tertarik utk menghayati lirik dan bait2 senikata lagu ni. cukup ringkas..menarik..tp yg wat aku tertarik adalah maksud disebalik senikata lagu ni. ini just pandangan aku jer.. tp kalau kita hayati betul2 banyak yg kita blh pelajari dan jadikan satu motivasi utk kita teruskan hidup ini dgn lebih gembira.... kesedihan....mmg tak lengkap la kehidupan tanpa kesedihan. sbb tanpanya kita takkan belajar jd matang...

rangkap pertama jelas mengatakan tanpa mimpi seolah olah hidup kita tanpa tujuan.but don't get me wrong.. maksudnya bila kita impikan sesuatu kita sure akan usaha ke arah impian kita kan..dan yg paling aku tertarik pd bahagian korusnya..cuba kita sama2 renungkan maksud yg mendalam dlm rangkap tersebut..cewah camne aku boleh terfikir ayat camni hihihi...

anyway berbalik smula pd topik td..rangkap tersebut tertulis " menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga, bersyukurlah pd yg kuasa..". menarikkan... ringkas tp padat..kita selalu fikir bila ditimpa malang, kita akan persoalkan kenapa mesti nasib aku macam ni..dunia yg indah ni kita rasakan kejam..tp jgn lupa bahawa dlm hidup ini kita ada byk tujuan..macam mana teruk pun ujian yg melanda kita, hidup tetap perlu diteruskan dgn tabah..lebih baik kalau dengan gembira..

aku sendiri pernah mengalami waktu2 sukar dlm kehidupan aku..tp nasib aku baik sbb aku sentiasa ada org yg membantu aku pulihkan semangat aku dan sentiasa mengingatkn aku..Allah tidak membebani seseorg melainkan sesuai dgn kesanggupannya ( ayat 286 surah al-baqarah )..cewah siap kuar hadith lg hihihi... tp ini lah kenyataan yg tertera dlm kita suci kita Al-Quran..walau apa yg berlaku sama ada kita suka atau tidak kita tetap perlu bersyukur..dan tanda kita bersyukur jgn lah kita bersedih dan mengeluh atau merungut..setiap yg berlaku itu Allah lebih tau....


Jun 27, 2009

..jalan2..

lagi pic jalan2...






Jun 25, 2009

..jalan2..

salam...

langkawi trip 15-18 hb jun 2009..


kenangan terindah...





naik Air Asia dari Jb ke Kl dan Langkawi

kat Underwater World



Tasik Dayang Bunting



Beras Basah Island


Makam Mahsuri


Dataran Helang



alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik dari pergi hingga balik...

Jun 04, 2009

..newborn baby..

salam...

ucapan tahniah kepada anis dan sofi diatas kelahiran baby girl pada 1hb jun 2009 . dilahirkan di hospital di alor setar ( lupa lak nama spitalnya ) dgn berat 3.85kg. bertambah lagi cucu en nazri kita ni..



ni la babynya yang diberi nama Qaireen Nur Irina.. tembamnya pipi dia ni...

dan....

tahniah pada Mohd Irfan Zharfan sbb br dinaikkan pangkat sebagai abg...


semoga dengan kehadiran 2 cahayamata ni dapat menambahkan lg kebahagian keluarga anis dan sofi..amin...

..aktiviti hujung minggu..

salam... hujung minggu di Plaza Angsana... tak larat nk pegi JomHeboh kat Danga Bay sure jlan jem dan ramai org..

belum sampai adik dah tido dulu..



mama & adik.. abg aziq moody susah nk snap gambar dia..


abg aziq ngan pak usu.. muka sedih je kena paksa gambar


ni adik kita dgn wife & baby dia.. ape la yg nk dicakapkan tu tak menyempat org yg snap gambo ni..

mak dan ayah....

Jun 03, 2009

..siapakah orang itu???...

salam...

adakah anda...

  • org yg sibuk?

orang yang sibuk itu adalah org yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s..

  • org yg manis senyumannya?
org yg mempunyai senyuman yg manis adalah org yg ditimpa musibah lalu dia kata " inna lillahi wainna illaihi rajiuun " . lalu sambil berkata " Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini ", sambil mengukir senyuman..

  • org yg kaya?
org yg kaya itu adalah org yg bersyukur dgn apa yg ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yg sementara ini..

  • org yg miskin?
org yg miskin adalah org yg tidak pernah puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta..

  • org yg rugi?
org yang rugi itu adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan..

  • org yg paling cantik?
orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik..

  • orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang..

  • orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
orang itu adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya..

  • orang yang mempunyai akal?
orang itu adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akalnya sewaktu didunia untuk menghindari seksa neraka..

sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain..
adakah anda seperti tergolong dalam kumpulan orang-orang tersebut??..fikir-fikirkan lah.. sekadar untuk renungan..

Jun 02, 2009

pUnCA UtAMa sUaMi bENci ISteRi

renungan untuk para isteri....

  • cabar
lelaki mempunyai egonya tersendiri. jadi mereka tidak suka dicabar terutama skali oleh wanita. wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. isteri kalau bergaduh dgn suami mula lah kata " kalau awak berani cuba lah cari perempuan lain ! ". Dr Fadzillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri jugak yang berputih mata..

  • cabul
cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak tahu malu. misalnya bergaul bebas dgn lelaki yg bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. juga perbuatan dan kata-kata isteri yang tak sopan ( isteri hilang rasa malu ) seperti kelaurkan kata-kata yg tak baik pada mertua..

  • celupar
wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnye celupar. isteri selalu cakap perkara yg kurang manis, selalu terlepas cakap sehingga menyebabkan suami jauh hati...

  • comot
terdapat wanita yg cantik tetapi comot. comot ini samaada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak tanduknya. contohnya isteri kalau nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. suami pulak kat tempat kerja asyik nampak yang comel-comel aje.. ada isteri kata bersolek untuk suami tetapi kat rumah tak praktikkan pun...

  • cemburu
cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. tetapi wanita yang terlalu cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah pada hubungan mereka. ini akan membuat lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. suami lemas jika isteri cemburu berlebih-lebihan. sikit-sikik dok telefon suami kat tempat kerja. suami baru balik keje dah tanya macam-macam. suami lewat balik overtime dah syak yang bukan-bukan...

  • cerewet
kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. suami tak suka kalau wanita cerewet tak bertempat. contohnya kalau suami bawa makan luar isteri nak tempat yang class-class je. restoran nak yang ada air cond aje.

  • cincai
buat kerja rumah cincai, masak cincai, mengemas rumah cincai, jaga anak pun cincai. Dr Fadzillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. anak dah masuk longkang tapi mak masih dok lepak depan tv lg...

  • cuai
kebiasaan lelaki tidak suka apabila pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek dan mengemas. ini akan menyebabkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini melambangkan keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. tapi kita insan yang mudah lupa dan lalai. ada masa-masa tertentu mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 8C itu..


renung-renungkanlah dan selamat beramal.....

Mei 28, 2009

dAh bAIk pUN......

salam...

syukur alhamdulillah luka kat kepala abg aziq dah semakin sembuh. dia pun dah terlepas dari minggu kuarantin.. dah mula ke sekolah dan kelas mengaji.. dan tentunye merempit dengan basikalnye.. ni semua berkat dia rajin makan ubat.. anak-anak kita ni memang senang skit makan ubat tak kira ubat apa semua diorang makan.. tak payah nk gaduh-gaduh nk bagi makan ubat.. ambil je ubat masing-masing dah dok ngadap.. harap-harap lepas ni takde lagi kejadian camni haru jadinye..

cuma sekarang ni mama dia lak yang tengah sakit gusi..gusi bengkak. waduh camne ni nk makan pun payah sakit bebeno..tak tau la ape puncanya.. takkan nak tumbuh gigi lak dah tua-tua ni ..ceh tua ke??? hihihi...

pada sesapa yang ada petua nak hilangkan bengkak di gusiku ini meh le kita kongsi-kongsi..mudah-mudahan boleh cepat baik..

Mei 18, 2009

hARi yaNg mEnduKAciTAkaN


salam...

hari ni memang hari yang mendukacitakan kita bila abg aziq jatuh dan terhantuk kepalanya pd pintu. kita ingatkan sikit je tp bila dia dtg kat kita terkedu gak tengok banyak darah keluar. lagi panik bila tengok kulit kepala dia terkoyak.. adus masa tu memang rasa nk menangis bila tengok darah keluar cam hujan. tanpa buang masa kita pun bawa la ke klinik dengan baju yang penuh darah ( tak sempat salin ) . sampai kat klinik doktor check dan dia kata kena jahit. hah kene jahit ke!. tak sanggup kita nak tengok masa tu nasib baik adik kita temankan. jahitan pun tak banyak cuma 3 jarum je.. bila tanya tuan punya luka tu samaada sakit ke tak dia dengan selamba jawab tak sakit.. masa jahit pon tak nangis..bertuah punya anak mama yang menggelabah dia leh kata tak sakit. terror tul anak mama ni. masa2 camni rasa sedih gak bila hubby takde disisi. tapi ape boleh buat..sabo je la. harap-harap cepat la sembuh.. rajin-rajin makan ubat tau abg aziq...




alahai siannye anak mama ni..

...yansab..

.....teman2 sekerja dn tempat kerja di Yansab

geng2 instrument arab...mahmood & khalil

senyum bang sulei...utk isteri dkampung..

waktu free night shift...teman indsia (jeynal)
urut arab (bandar)

bang arip dgn zedan
diorg mmg pandai mngurut..

buat2 bz...

2 jejaka..exTitan PG dgn exPT Titan..

..dr 'port' paling tinggi diPP..

Yansab Complex..cracker,bbtx,eg,utility

centralize ground flare..geng2 olefin tgh start up..

..siangnya & malam pula..




..bbtx, eg, cracker, utility & nun sana ground flare..


hdpe...masih lama lg nk start up...