salam..for sharing..
Dato' Dr Fazilah Kamsah pernah berkata.....
" setiap pagi sedekahkan Al Fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau sudah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.."
berdasarkan hadith nabi..
" tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua ibu bapanya setiap hari.."
huraian hadith...
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa ( baik yang hidup mahupun yang telah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tak putus berdoa kepada kedua ibu bapanye ( walaupun ada ibu bapa yang leka doakan agar mereka berubah )
- ingatla keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah
- semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh... tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak membantu kita ( berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh )
- mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
kesimpulannya...
- bagi yang berniaga tidak perlu ilmu pelaris, cuma jangan lupa doakan ibubapa setiap hari
- rezeki bukan saja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah ( makan, kasih sayang, kesihatan dan sebagainya...) InsyaAllah
berusaha dan bertawakal.. insyaAllah rezeki tu bukan kerana ada sijil SPM ( kata Azmil Mustapha ) mari kita cuba.. Allahuakhbar..
renung-renungkan...