love forever

Daisypath Next Aniversary Ticker

Danish Ziqry Birthday

Lilypie

Hadif Fiqry Birthday

Lilypie

Jun 04, 2009

..newborn baby..

salam...

ucapan tahniah kepada anis dan sofi diatas kelahiran baby girl pada 1hb jun 2009 . dilahirkan di hospital di alor setar ( lupa lak nama spitalnya ) dgn berat 3.85kg. bertambah lagi cucu en nazri kita ni..



ni la babynya yang diberi nama Qaireen Nur Irina.. tembamnya pipi dia ni...

dan....

tahniah pada Mohd Irfan Zharfan sbb br dinaikkan pangkat sebagai abg...


semoga dengan kehadiran 2 cahayamata ni dapat menambahkan lg kebahagian keluarga anis dan sofi..amin...

..aktiviti hujung minggu..

salam... hujung minggu di Plaza Angsana... tak larat nk pegi JomHeboh kat Danga Bay sure jlan jem dan ramai org..

belum sampai adik dah tido dulu..



mama & adik.. abg aziq moody susah nk snap gambar dia..


abg aziq ngan pak usu.. muka sedih je kena paksa gambar


ni adik kita dgn wife & baby dia.. ape la yg nk dicakapkan tu tak menyempat org yg snap gambo ni..

mak dan ayah....

Jun 03, 2009

..siapakah orang itu???...

salam...

adakah anda...

  • org yg sibuk?

orang yang sibuk itu adalah org yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s..

  • org yg manis senyumannya?
org yg mempunyai senyuman yg manis adalah org yg ditimpa musibah lalu dia kata " inna lillahi wainna illaihi rajiuun " . lalu sambil berkata " Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini ", sambil mengukir senyuman..

  • org yg kaya?
org yg kaya itu adalah org yg bersyukur dgn apa yg ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yg sementara ini..

  • org yg miskin?
org yg miskin adalah org yg tidak pernah puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta..

  • org yg rugi?
org yang rugi itu adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan..

  • org yg paling cantik?
orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik..

  • orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang..

  • orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
orang itu adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya..

  • orang yang mempunyai akal?
orang itu adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akalnya sewaktu didunia untuk menghindari seksa neraka..

sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain..
adakah anda seperti tergolong dalam kumpulan orang-orang tersebut??..fikir-fikirkan lah.. sekadar untuk renungan..

Jun 02, 2009

pUnCA UtAMa sUaMi bENci ISteRi

renungan untuk para isteri....

  • cabar
lelaki mempunyai egonya tersendiri. jadi mereka tidak suka dicabar terutama skali oleh wanita. wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. isteri kalau bergaduh dgn suami mula lah kata " kalau awak berani cuba lah cari perempuan lain ! ". Dr Fadzillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri jugak yang berputih mata..

  • cabul
cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak tahu malu. misalnya bergaul bebas dgn lelaki yg bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. juga perbuatan dan kata-kata isteri yang tak sopan ( isteri hilang rasa malu ) seperti kelaurkan kata-kata yg tak baik pada mertua..

  • celupar
wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnye celupar. isteri selalu cakap perkara yg kurang manis, selalu terlepas cakap sehingga menyebabkan suami jauh hati...

  • comot
terdapat wanita yg cantik tetapi comot. comot ini samaada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak tanduknya. contohnya isteri kalau nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. suami pulak kat tempat kerja asyik nampak yang comel-comel aje.. ada isteri kata bersolek untuk suami tetapi kat rumah tak praktikkan pun...

  • cemburu
cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. tetapi wanita yang terlalu cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah pada hubungan mereka. ini akan membuat lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. suami lemas jika isteri cemburu berlebih-lebihan. sikit-sikik dok telefon suami kat tempat kerja. suami baru balik keje dah tanya macam-macam. suami lewat balik overtime dah syak yang bukan-bukan...

  • cerewet
kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. suami tak suka kalau wanita cerewet tak bertempat. contohnya kalau suami bawa makan luar isteri nak tempat yang class-class je. restoran nak yang ada air cond aje.

  • cincai
buat kerja rumah cincai, masak cincai, mengemas rumah cincai, jaga anak pun cincai. Dr Fadzillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. anak dah masuk longkang tapi mak masih dok lepak depan tv lg...

  • cuai
kebiasaan lelaki tidak suka apabila pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek dan mengemas. ini akan menyebabkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini melambangkan keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. tapi kita insan yang mudah lupa dan lalai. ada masa-masa tertentu mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 8C itu..


renung-renungkanlah dan selamat beramal.....

Mei 28, 2009

dAh bAIk pUN......

salam...

syukur alhamdulillah luka kat kepala abg aziq dah semakin sembuh. dia pun dah terlepas dari minggu kuarantin.. dah mula ke sekolah dan kelas mengaji.. dan tentunye merempit dengan basikalnye.. ni semua berkat dia rajin makan ubat.. anak-anak kita ni memang senang skit makan ubat tak kira ubat apa semua diorang makan.. tak payah nk gaduh-gaduh nk bagi makan ubat.. ambil je ubat masing-masing dah dok ngadap.. harap-harap lepas ni takde lagi kejadian camni haru jadinye..

cuma sekarang ni mama dia lak yang tengah sakit gusi..gusi bengkak. waduh camne ni nk makan pun payah sakit bebeno..tak tau la ape puncanya.. takkan nak tumbuh gigi lak dah tua-tua ni ..ceh tua ke??? hihihi...

pada sesapa yang ada petua nak hilangkan bengkak di gusiku ini meh le kita kongsi-kongsi..mudah-mudahan boleh cepat baik..

Mei 18, 2009

hARi yaNg mEnduKAciTAkaN


salam...

hari ni memang hari yang mendukacitakan kita bila abg aziq jatuh dan terhantuk kepalanya pd pintu. kita ingatkan sikit je tp bila dia dtg kat kita terkedu gak tengok banyak darah keluar. lagi panik bila tengok kulit kepala dia terkoyak.. adus masa tu memang rasa nk menangis bila tengok darah keluar cam hujan. tanpa buang masa kita pun bawa la ke klinik dengan baju yang penuh darah ( tak sempat salin ) . sampai kat klinik doktor check dan dia kata kena jahit. hah kene jahit ke!. tak sanggup kita nak tengok masa tu nasib baik adik kita temankan. jahitan pun tak banyak cuma 3 jarum je.. bila tanya tuan punya luka tu samaada sakit ke tak dia dengan selamba jawab tak sakit.. masa jahit pon tak nangis..bertuah punya anak mama yang menggelabah dia leh kata tak sakit. terror tul anak mama ni. masa2 camni rasa sedih gak bila hubby takde disisi. tapi ape boleh buat..sabo je la. harap-harap cepat la sembuh.. rajin-rajin makan ubat tau abg aziq...




alahai siannye anak mama ni..

...yansab..

.....teman2 sekerja dn tempat kerja di Yansab

geng2 instrument arab...mahmood & khalil

senyum bang sulei...utk isteri dkampung..

waktu free night shift...teman indsia (jeynal)
urut arab (bandar)

bang arip dgn zedan
diorg mmg pandai mngurut..

buat2 bz...

2 jejaka..exTitan PG dgn exPT Titan..

..dr 'port' paling tinggi diPP..

Yansab Complex..cracker,bbtx,eg,utility

centralize ground flare..geng2 olefin tgh start up..

..siangnya & malam pula..




..bbtx, eg, cracker, utility & nun sana ground flare..


hdpe...masih lama lg nk start up...