love forever

Daisypath Next Aniversary Ticker

Danish Ziqry Birthday

Lilypie

Hadif Fiqry Birthday

Lilypie

April 10, 2009

kAta-kaTA hikMAh...

salam... just for sharing....

  • kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki....
  • Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya
  • Wanita adalah hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga didalam rumahtangga
  • Janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita... Sesungguhnya kau adalah yang kuat seandainya kau beriman kepada Allah
  • Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.
  • Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang kamu kehendaki.
  • Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.
  • Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan.
  • Kita sering berdoa supaya diberi ketabahan dan kekuatan, bila diuji dengan masalah kenapa kita mengeluh....???
  • Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
  • "Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"
  • Menyimpang seinci, rugi seribu batu.

2 comments:

MrGEtaH berkata...

Ambil ia sbg renungan n panduan.bkn sbg bahan bacaan..:)

ziQRyFiqRy berkata...

to mrgetah..

tq nasihat diterima.