love forever

Daisypath Next Aniversary Ticker

Danish Ziqry Birthday

Lilypie

Hadif Fiqry Birthday

Lilypie

Jun 02, 2009

pUnCA UtAMa sUaMi bENci ISteRi

renungan untuk para isteri....

  • cabar
lelaki mempunyai egonya tersendiri. jadi mereka tidak suka dicabar terutama skali oleh wanita. wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. isteri kalau bergaduh dgn suami mula lah kata " kalau awak berani cuba lah cari perempuan lain ! ". Dr Fadzillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri jugak yang berputih mata..

  • cabul
cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak tahu malu. misalnya bergaul bebas dgn lelaki yg bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. juga perbuatan dan kata-kata isteri yang tak sopan ( isteri hilang rasa malu ) seperti kelaurkan kata-kata yg tak baik pada mertua..

  • celupar
wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnye celupar. isteri selalu cakap perkara yg kurang manis, selalu terlepas cakap sehingga menyebabkan suami jauh hati...

  • comot
terdapat wanita yg cantik tetapi comot. comot ini samaada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak tanduknya. contohnya isteri kalau nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. suami pulak kat tempat kerja asyik nampak yang comel-comel aje.. ada isteri kata bersolek untuk suami tetapi kat rumah tak praktikkan pun...

  • cemburu
cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. tetapi wanita yang terlalu cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah pada hubungan mereka. ini akan membuat lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. suami lemas jika isteri cemburu berlebih-lebihan. sikit-sikik dok telefon suami kat tempat kerja. suami baru balik keje dah tanya macam-macam. suami lewat balik overtime dah syak yang bukan-bukan...

  • cerewet
kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. suami tak suka kalau wanita cerewet tak bertempat. contohnya kalau suami bawa makan luar isteri nak tempat yang class-class je. restoran nak yang ada air cond aje.

  • cincai
buat kerja rumah cincai, masak cincai, mengemas rumah cincai, jaga anak pun cincai. Dr Fadzillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. anak dah masuk longkang tapi mak masih dok lepak depan tv lg...

  • cuai
kebiasaan lelaki tidak suka apabila pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek dan mengemas. ini akan menyebabkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini melambangkan keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. tapi kita insan yang mudah lupa dan lalai. ada masa-masa tertentu mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 8C itu..


renung-renungkanlah dan selamat beramal.....

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Saya suka N3 ni..banyak yang boleh kita renungkn..

Saya dah baca 2-3 kali...Terima kasih banyak kerana sudi berkongsi...

ziQRyFiqRy berkata...

salam..

tq k.yan.. sekadar untuk kita renugkan.. dr situ kita dpt cari samaada kita ada ataun tidak kesilapan yg camtu..

kita pon suka bc blog akak byk perkara br yg kita dpt tahu..